Tetamu

Sunday, September 6, 2009

Penubuhan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)



Selepas berjaya menguasai semula Majlis Perwakilan Pelajar Univerisiti Malaya (MPPUM) serta menambah kerusi yang dimenangi di Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), kumpulan pro-Mahasiswa kini memberi nafas baru kepada Badan Bertindak Mahasiswa Negera (BBMN).

Kira-kira 15 pemimpin MPP pro-Mahasiswa termasuk dari UM, Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA), UKM dan UPM yang bermesyuarat semalam, bersetuju untuk menukar nama BBMN kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN).

YDP MPMUM dilantik menjadi pengerusi majlis tersebut, menjelaskan penukaran nama baru itu bertujuan memberi nafas baru ekoran kemenangan pro-Mahasiswa di Univerisiti Malaya dan pertambahan kerusi di UKM dan UPM. Penubuhan MPMN juga sebagai platform kepada mahasiswa pro-M untuk merangka misi dan visi mereka untuk menguasai MPP di berapa universiti termasuk UPM, UKM dan Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikuasai oleh pro-Aspirasi, dalam pilihanraya kampus akan datang.

Secara sebulat suara untuk melantik perwakilan MPPUKM, Hisyamuddin Che Ali sebagai timbalan pengerusi MPMN. Sementara perwakilan MPPUPM, Nor Farhana Farzieana Ali pula memegang jawatan setiausaha agung. Mereka juga memutuskan jawatan bendahari dan ketua biro media dan penerangan masing-masing diperuntukkan kepada wakil MPP dari UIA dan UKM.

Komentar :

ada 0 comments ke “Penubuhan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)”

Post a Comment

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN