Tetamu

Sunday, September 6, 2009

Razali: Sepakat tubuh MPMN, gembleng perubahan

Demi menghidupkan semula peranan Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), semua Ahli Perwakilan (AP) Majlis Perwakilan Pelajar Pelajar (MPP) Pro Mahasiswa (ProM) bersepakat menubuhkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN).


Menurut Pengerusi ProM Nasional Norazali Zaidin, penubuhan MPMN tersebut bertujuan menggembleng mood perubahan di peringkat Universiti dan nasional melalui AP-AP ProM sendiri.


Tambahnya lagi, majoriti 92 AP yang hadir bersetuju melantik Yang DiPertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad sebagai pengerusi pertubuhan nasional tersebut.


AP MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Hisyamuddin Che Ali dan AP MPP Universiti Putra Malaysia (UPM) Nor Farhana Farzieana masing-masing dilantik sebagai Timbalan dan Setiausaha pertubuhan tersebut.


Katanya lagi, penubuhan ini turut bertujuan memperkasakan gelombang ‘hope and change’ di semua kampus, setelah sekian lama kebajikan mahasiswa diabaikan oleh Aspirasi-Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).


Pertemuan lebih kurang 39 peratus AP ProM tersebut bersekapat untuk menjadi ‘agen semak dan imbang’ kepada semua pihak secara professional dan efektif.


Terdahulu, BBMN dilihat tidak berfungsi pada sesi akademik 2004/05 apabila kumpulan ‘mahasiswa’ gagal menguasai MPP kebanyakan Universiti di Malaysia.


Pertubuhan tersebut diasaskan oleh Zulkifli Yusof selepas kumpulan ’sederhana’ mendominasi hampir semua MPP IPTA sejak sesi akademi 1985/86. –mahasiswakini

Komentar :

ada 1
Peter parker said...
pada hari 

Unable to execute the process of sending the Bitcoin in Binance
Are you looking for the process to send the bitcoin in Binance as the curr3ent process used by you has brought a bunch of problems and you are unable to deal with it? In order to avoid chaos and get accessible results immediately, you can call on Binance Support Number +1【(877)-330-7540】and speak to the executives who are there to resolve your doubts and queries in quick seconds and are available all the time. Why not to get rid of all the worries in quick time by attaining state-of-the-art solutions and remedies from the professionals themselves.
Website: https://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance/

Post a Comment

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN